Author: dfablog

Pada zaman sekarang ini semua orang sudah boleh membuat design business card mereka sendiri. Template dan kemudahan untuk merekbentuk business card sangat banyak di laman media. Jadi, apa yang sepatutnya kita tahu untuk memulakan design untuk business card adalah size yang betul dan cara untuk memastikan bahagian design business card tidak terpotong.

Branding dan Design adalah perkara yang sangat penting bagi seseorang untuk menhasilkan business card yang exclusive. Jadi jangan disebabkan size yang salah, business card yang dihasilkan akan menjadi cacat. Jom kita tengok apa yang harus kita lakukan untuk mendapatkan business card yang sempurna.

Ketahui size business card anda.

Contohnya sekiranya business card anda berukuran 94 x 56mm, anda harus pastikan bahawa bahagian selamat yang anda harus design adalah kurang dari 2mm disetiap bahagian. Rujuk gambar dibawah;

Jadi, cara untuk design business card anda dengan sempurna adalah dengan memastikan segala design berada di dalam garisan merah. Kena hati-hati ya, walaupun nampak sedikit tetapi akan mendatangkan kecacatan pada business card anda. Sekiranya penulisan dan juga design berada di dalam kawasan selamat (iaitu garisan hijau) maka, design anda akan nampak lebih kemas dan professional.

Nasihat kami untuk anda yang inginkan business card yang sempurna adalah jangan meletakkan tulisan atau gambar terlalu hujung kerana risiko terpotong adalah terlalu tinggi. Lebih selamat jika anda hanya menggunakan ruang kawasan selamat untuk design serta details business card.

Semoga anda mendapat manfaat dari tips yang kami berikan ini.

Selamat Mencuba!